Monday, December 7, 2009

KESEDIHAN TAK AKAN SELAMANYA.

Tanggal 1 Disember 2009 adalah tarikh keramat bagi aku...

Setelah genap lima tahun aku tidak bersua dan berkongsi rasa dengan kakak ku yang tercinta Rusmawani...yang aku panggil 'kak Bong'...

sejak itu juga kami telah mendiamkan diri dari bercakap dan bersua muka. Ini kerana gara2 kisah dahulu....tak perlu lah aku memberi tahu apa kisahnya...biarlah rahsia...



Al kisahnya, aku telah pulang ke Seremban kerana ingin menguruskan hal tanah Rumah di kampung. Aku tinggal di rumah kak Teh dan kebetulan Kak Siti pun ada di sana. merekalah yang telah merancang untuk menemukan kami di satu tempat. Tiba-tiba aku hairan kenapa kak Teh ckp nak pergi Giant dan dia ajak aku dan kak Siti sekali. Pada mulanya aku tidak menyangkakan apa2, namun apabila kak Teh telah menyebut nama kak Bong dan Borang Felkra....



Aku mula syak sesuatu. tapi aku buat selamba ye ...namun dalam hati ni tuhan saja yang tahu.

aku ada sedikit teruja dengan rancangan ini, tapi aku khawatir akan penerimaan Kak Bong.

Tepat saja Pukul 3.oo Kak teh terima Call dari Kak Bong yang menyatakan dia dah sampai.

Ya Allah bertambah kencang Jantung aku bila mengetahui yg sekejap lg aku akan bertemu dengan kakak ku yang paling aku rindu sangat nak jumpa.



Bila dia dah sampai ye. Kak Teh dan menonong je pergi ke arah Kak bong. Aku dan Kak Siti tertinggal di belakang. kak Siti lah yang dok bagi tarbiah supaya aku cool je. Mmg la cool sgt kan.

dia orang bersalaman dan sampailah giliran aku yang bersalaman dengannya. Bila bersalaman...aku rasa seperti ada satu rasa yang sangat pedih dalam lubok jantung aku ni. betapa aku rindu sangat pada kak Bong. Kami terputus hubungan kerana selisih faham..

hampir 7 saat kami berdakapan dan menangis dan tak ada perkataan yang terkeluar dari mulut kami berdua. Aku kira dengan diam itu lah telah mengambarkan perasaan masing2



Hari tu tak banyak pekara yang dibualkan...kami seakan kekok untuk berbual. padahal dulu kami bukan begitu. terus terang dia adalah antara kakak yang paling rapat dengan aku dulu.

Bila hampir satu jam barulah aku bertanya khabar dan pasal kerjanya. Dia menjawab dengan baik saja. Itu pun dah cukup buat aku. Kami berkonsi duit untuk makan2. terubat sedikit rasa kegusaran hati selama ini. masa kami habis dengan mendengar kakak aku yang lg dua orang tu asyik bergosip..kami ketawa...namun tak dinafikan aku dan kak Bong memendam rasa yang sukar nak digambarkan.



tepat jam 4.15 ptg kami beredar dari situ. sebelum pergi macam2 aksi kakak aku yang lg dua org tu buat...mungkin tak nak menampakkan kami janggal sgt kot..

Kami berpisah depan pintu keluar Giant..Kak Bong kena pulang awal sbb takut lbt...nanti ada soal siasat pulak dari laki dia.....(menyampah!!) sebelum dia pergi, kami bersalaman dan aku menyatakan yg aku minta maaf dan ampun untuk segala yg berlaku selama ini. nampaknya kali ini aku kuat sikit, sebab ber jaya menahan air mata ni membuak keluar. Hati aku merasa sedikit lega dan tenang keran Kak Bong pun meminta maaf dari aku...Ya Allah ...Syukurnya aku pada nya...aku tak mahu yang lain dari kakak aku..cukuplah dengan kemaafan yang ada diantara kami...kerana kita manusia yg tidak lari dari kekhilafan diri..



aku bersyukur kepada mu Tuhan kerana mengembalikan kasih sayang Kak Bong kepada ku...

Dan aku bersyukur kerana mempunyai kak Teh dan Kak Siti yang telah menyatukan kami semula. Ini merupakan saat yang indah dan aku idamkan sekian lama...



Kepada Aruah Mak dan Abah....Kami dah berbaik sekarang...Amin...

Sunday, November 8, 2009

lepas ini apa ya?

Rasanya lama aku tak menulis blog akhir2 ni, maklumlah dengan kesibukan menguruskan final projek dan kali terahir selepas berakhirnya persembahan Rachel Corrie. sekadar berkongsi rasa dan fikiran...kelmarin selesailah aku menduduki exam peper terakhir iaitu untuk subjek Pengurusan dalam Kesenian. Aku jugalah antara orang terawal yang keluar dari dewan pepereksaan tu. ayo giler betul...

lepas tu segala kerunsingan tentang exam hilang apabila semua rakan2 satu bech aku berkumpul untuk mengambil gambar beramai-ramai sebagai upacara penutupan untuk sem ini.
Aku sangat happy sekali melihat keletah dan perangai budak2 drama yang memang giler gempak punya hapy macam dah nak konvo pulak. Yang paling mencuit hati apabila ada diantara adik2 dari bech aku ni yang pakai baju sedondon lelaki dan perempuan....haa apa lagi...jadi bahan lah untuk kami buat persandiangn percuma....pengantin expres...hehehe

Memang cute betul dia orang ni...sporting betul!!
azrul disandingkan dengan zowe...Asiah dengan Roslan dan Pak tam dengan Nasha...
mereka melayan kerenah kita orang yang kenekan mereka hari tu...memang best betul..

Sebelum kami merancang untuk buat foto planing...semua orang sudah dikhabarkan untuk pakai baju kurung atau baju kebaya untuk perempuan dan lelaki pakai baju melayu. tapi itu bukan kemestian . pakai saje baju yang paling cantik yang dia orang ada sebenarnya....

Suasana hari tu memang meriah giler sampaikan budak2 dari fek lain terkejut dengan perangai kita orang yang seperti tak ingat dunia...aku yang paling tua dikalangan mereka ni pun macam dah tak sedar diri pulak...tak kesah lah...asal aku bahagia..

apa pun...budak2 bech aku memang best betu!!...aku sayang mereka semua...aku akan rindu suasana begi lagi.
untuk sem depan kami akan buat latihan industri...jadi inilah kali terahir untuk kita orang berkumpul beramai sampailah konvo nanti...sedihnya...

i love u all.....

Thursday, October 22, 2009

Rachel Corrie malabuhkan tirai...

Malam tadi..berakhirlah pementasan Final projek yang cukup membebankan bagi aku... namun aku berasa puas kerana aku sudah menyampaikan amanah yang sangat besar kepada sesiapa sahaja yang datang menonton persembahan malam tadi kerana naskah yang aku bawa ke pentas adalah sangat besar maknanya bagi diri aku secara peribadi.

Apa pun kegembiraan dan kepuasan ini lebih bermakna apa bila aku menyaksikan ramai yang datang menonton dan memberi sokongan kepada aku bagi menjayakan projek final ini. kehadiran abang2 dan kakak2 aku adalah pembakar semangat kepada aku kerana tanpa mereka mungkin aku sedikit goyah untuk berdiri sebagai seorang pesembah....

kepada tenaga produksi yang tidak serik2 membatu aku dengan penat lelah yang rasanya hanya tuhan sahaja yang boleh membalas budi kalian itu...aku tak akan lupa sampai mati.

kepada Kak Leny yang sabar melayan kerenah aku yang selalu tinttong...semasa latihan..hehe jgn marah kak..tq8 kak..apa pun kak leny mmg best!!
kepada abg Nasri yang turun padang buat lampu dan memberikan edia2 yang bernas..
kepada Pak Tam..selaku PM yang rasanya dah banyak ko bekorban demi produksi akak ni..terima kasih sgt2
kepada adik Ku Farhana yang comel......yang telah translit skrip ini...ko dah jd tokoh sekarang sbb orang pertama yang translit cerita ini....bangga sikit!!!
kepada Adi comel yang jd SM...yang selalu buat akak kurus sebab warm up yang dasyat!..hehe
kepada dua sejoli Ila yg jg audio dan Safri yang sampai tak tidur malam buat set dan bengkak2 tangan..tqtq sgt
kepada Nizam yang buat set jgk dan Ika...lauk mak ko mmg sodap...
kepada Al-Amin..selalu pengarah muzik yang mmg superp kerje ko dik..lgu ko buat kak nyanyi sambil ngigau...best giler..
along Perpel...yang turun jgk bantu buat set..Amirul... dan adik2 tahun satu Aishah.Viki, dan ada yang kak lupa namanya tapi jgn risau akak ingat rupa..sory sgt...tapi you all mmg best!!
iswazir....yg buat lawak...and tlg buat set. Simon..Shi Shi..Meyling..
dan yang paling byak bekorban masa dan rasa semestinya my lovely frend and best bady...Farah...muaahhh

kepada Puan Ros yang banyak membantu aku untuk memberi sesuatu yang lebih baik dlm persembahan final projek ini.tq sgt dan kepada yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan persembahan ini.

hanya tuhan yang balas jasa kalian...dan insyaalah di lain masa kita akan bekerjasama lagi...

Friday, September 25, 2009

Lebaran yang terindah...

Tahun ini sekali lagi kita menyabut Aidilfitri yang bagi aku sungguh bermakna...boleh dikatakan semuanya pulang ke Seremban untuk berhari raya bersama2. Cuma Abang ku Mohd Shah dan Kakak Ku Rusmawani saja yang tidak dapat pulang. Abang ku terpaksa bertugas semasa hari Raya.... dan kakak ku itu yang sudah hampir 6thn tak beraya bersama...tak tahulah apa pulak alasannya...

ada sedikit terkilan kami sekeluarga kerana kakak ku tu tak pulang kerana suaminya tak benarkan...ini kerana kisah dahulu..kisah yang membungkam aku sampai sekarang...
Buatt abang ku Mohd Shah pula...kami beramai2 pergi ketempat dia bertugas sebagai sekuriti di Tropicana...tempat orang kaya2 duduk tu lah...terubat hati bila melihat dia happy tenggok kita semua datang...kami bekalkan dia kuih raya dan nasik hempit..

aku sayangkan hubungan kekeluargaan ini...walaupaun semuanya sibuk dengan tugas masing2 namun kita masih ada tanggungjawab untuk familly...
semoga ianya berterusan sampai bila-bila

semenjak aruah Abah,Emak dan Along dah tak da...nampak sedikit pincang, terutama bila kami semua nak berhari raya...terutama bila buat keputusan nak balik mana...akhirnya rumah kakak aku yang di Serembanlah tempat markas kita orang. tapi aku tetap gembira dan bersyukur ada hikmah disebalik kejadian itu.

bila dah besar2 dan tua2 ni...semua semakin ingat adik-beradik dan kasih mengasihi. tersentuh hati aku bila abang aku yang dari Pineng tu nak datang tengok final projek aku...yang lain pun kata nak datang jugak.....ayo bertambah gelabah ni...

tak nak menghampakan mereka....

kali ini kami beraya sakan...dari Seremban ke Melaka kemudian langsung ke Muar Johor pastu ke KL....

memang seronok dapat pergi pusara Abah..namun pusara Emak dan Along kami tak sempat pergi. kami buat tahlil dirumah saja. Abang aku Yg Ustaz tu yang jadi kepalanya...

apa pun hari raya ini sgt bermakna buat aku...insyallah thn depan kami merancang untuk berhari raya di kg pulak...rumah tempat lahirku yang tercinta....

Sunday, September 13, 2009

BIARLAH PENGORBANAN INI BERBALOI...

Rasanya untuk Semester ini aku bakal berdepan dengan situasi yang sangat mencabar sepanjang berlajar di UM. Apa tidaknya...belum lagi aku selesai menahan pening kepala akibat opses dengan final projek...ni nak berfikir pulak tetentang segala shot2yang sesuai untuk filem pendek produksi video...jadi Pengarah la katakan....

barulah aku faham macam mana susahnya nak menjadi pengarah filem...
kalau beberapa bulan yang sudah aku asyik mentertawakan Farah sebab dia nampak 'tingtong' masa nak mengarah filem pendek untuk final dia...nahhhh...kau rasakan pula jadi "tingtong"Isma...

tapi rasanya bahana ketingtongan aku ni mungkin sedikit parah sebab dalam sem ni je aku berdepan dengan 18 jam kredit...ayo manyak susah woo..
kalau boleh dikerat dan dibahagi2kan kepala hotak ni...mau saja aku asingkan diri untuk setiap kelas dan assiment aku..
tapi tak lah dinamankan pelajar jika kita tidak berdepan dengan masalah sebegini...yang penting pandai2lah membahagi tugasan...

walau apa pun masalahnya... zaman belajar adalah saat yang terindah dalam hidup aku...dan kalau boleh aku nak belajar je sampai bila2....
dan semoga Allah memakbulkan doa agar aku dapat sambung Master dan terus Phd Insyaallah...

semoga Banggalah Aruah Abah dan Emak.....

aku teruskan usaha...dan aku percaya..selagi kita berani dan yakin disamping usaha yang jitu...segala impian akan tercapai dengan izin Allah..

Thursday, August 27, 2009

Asalkan aku gembira dan bersyukur...

Beberapa minggu yg lepas... aku telah menonton salah satu rancangan kegemaran aku iaitu 3R di tv3. Pada kali ini tajuk yang sangat menarik dikupas dengan sekmen2 lakonan semula yang lucu dan banyak informasi yang disampaikan. Tajuknya ialah Lambat Jodoh...

Mungkin isu ini agak sensitif dan paling ditakuti oleh semua wanita. Namun bagi diri aku sendiri, soal jodoh itu adalah kerja Tuhan dan kita sebagai manusia sukar untuk menduga tentang apa yang bakal terjadi kepada diri kita. Bila bercakap tentang Jodoh ni.. ia tidak lari dari mengaitkan dengan diri aku sendiri. maklum je lah, boleh dikatakan rakan-rakan sekolah dan sekampus ku dahulu rata-rata sudah berumahtangga, sedangkan aku masih sibuk mencari ilmu dan kepuasan diri di menaragading...

Bukan tak ada orang yang bertanya2
Bukan tak ada yang merisik2
ada......ramai. cheeewah..
tapi bagi aku secara peribadi, ada banyak pekara yang belum selesai dalam hidup untuk dibereskan..jodoh itu ku serah kepada Tuhan kerana dia lebih tahu apa yang baik dan buruk untuk aku. Kadang2 terpikir juga kalau aku dah kahwin bamacam mana lah hidup aku?mesti dah tak boleh keluar sesuka hati, Balik malam ke pagi ke tak kisah. kalau lapar malas nak masak makan meggi pun tak pe. ada duit sendirilah simpan.. kalau dah bersuami semua kongsi. Tak bestlah....

tapi aku tak nafikan yang aku sudah bersedia untuk punya anak...tapi untuk bersuami..emmm tahlah...takut nak cakap..
mungkin aku terlalu fobia dengan kes-kes yang terjadi disekeliling aku. Bukan itu sahaja, malah dalam keluarga aku sendiri pun dikalangan kakak2 aku ada yang mengalami pergolakan rumahtangga. Suami kaki pukul, Isteri digantung tak bertali, suami makan duit isteri, suami kawin banyak...anak2 terbiar...
ayoooo scaryy..
jika pihak lelaki dengar.. mesti dia kata alasan ini agak cliche..tapi itulah hakikat bende2 yang menakutkan aku..

tak pelah.. asalkan aku gembira dan bersyurkur dengan segala yang tuhan dah berikan kepada aku. jika ada jodoh adalah.. jika tak ada? aku pasti jodohku ada di syurga...Insyaallah

Tuesday, August 18, 2009

naskah kemanusiaan 'My Name Is Rachel Corrie'

Hari ini masuk hari ke dua sesi latihan bersama pengarah saya, Kak Lenny. Sesi latihan ini ialah untuk privew akan datang. Kali ini banyak di sentuh tentang pencarian watak dan posisi tubuh. aku yang sudah lama tak berlakon, terasa juga seperti tahap sifar semula. Paling membebankan mungkin untuk pengisian watak kanak-kanak yang ada dalam naskah ini. Betullah kata Kak Lenny, untuk melakonkan watak sebagai orang tua tidak sesukar menjadi watak kanak2.

sebelum ini pun saya sudah banyak melakonkan watak orang tua.

Setelah beberapa kali mengulang lakon dan mencari watak semasa latihan. terasa berat sungguh naskah ini untuk kita terjemahkan ke dalam bentuk pengucapan...
Mula menerobos pemikiran Rachel. Segala yang ingin disampaikan melalui mata fikirnya yang sangat jauh mendepani usianya yang sebenar.

Terasa sakit dalam kepala apabila setiap kali aku cuba memahami dan ingin menyampaikan lakonan, aku seperti rasa tak lepas angin....
Mungkin ini baru lagi...

Aku suka cerita ini..
Aku suka naskah ini
Aku Suka pemikiran dan kemanusiaan yang ditonjolkan..
Ia bukan palsu...ada isi, ada bau dan nafas untuk dikongsi..
Aku ingin Jadi Rachel... jika peluang itu aku dapatkan.
Tapi mampukah aku menjadi dia.. Seutuh Rachel..

Monday, August 10, 2009

Minggu-minggu yang sukar...

Sekadar berkongsi rasa...

Bila barcakap tentang minggu2 yang sukar ini, akhirnya menjelang juga minggu yang membuatkan degup jantung mula tak karuan...
Minggu untuk privew...katanya....

Dalam sebok membuat penganalisaan skrip yang baru saja aku dapat beberapa hari lalui , hati ni macam tak sedap je..entahlah...
tak dapat nak aku bayangkan macam mana perasaan sekarang ni. Segala persiapan masih ditahap.....(malas nak kabo....nanti risau lg.)

katanya minggu ke 7 nak di adakan privewnye...alahai nasip...
oh hati... tenanglah kau....

tah hape yang hendak ditulis untuk dalam ruangan ini. Sekadar nak mengadu kepada skrin lap- top yang setia mengadap aku sekarang.

chayok!!!isma
yakin boleh!
yang penting kerjasama!
wawasan 2020!!
1 Malaysia!
tah ape2 tah....

Friday, August 7, 2009

kita ini sebenarnya tidur...walaupun celik mata.

Semalam barulah aku dapat membaca sepenuhnya karya yang bertajuk My Name Is Rachel Corrie (yg sudah di translit ke bahasa Malaysia)
Nasiplah ada adik ku yang comel, si Farhana yang sudi nak tolong tranlitkan...
kalau nak harapkan aku yang translit... tunggu orang putih tu jadi melayu pun belum tentu siap...he he

Sebelum ini pun aku dah baca skrip ni dalam bahasa Inggeris..bahasanya mudah difahami sebab US punya lorat. Tapi biasalah ada beberapa yg aku kurang faham terutama perkataan yang tak selalu didengar...
Bila aku baca..aku mula memahami watak utama dalam skrip ini. Watak seorang gadis muda yang berumur 23 tahun bernama Rachel yang cuba menyelami penderitaan penduduk Palastin akibat konflik Israil-Palastin beberapa dekat dahulu. Dari kata-kata yang ada dalam skrip ini kebanyakannya adalah luahan rasa dan pemikiran serta persoalan-persoalan yang cukup berani kepada dunia serta sifat-sifat kemanusiaan yang mulai pudar oleh sebilangan manusia di alam ini..

Aku terfikir, kenapa adanya insan yang bernama Rachel ini yang sangup meninggalkan segala kesenangan di tempat kelahirannya demi perjuangan kemanusiaan?. Dia bukan Muslim untuk memperhatankan Penduduk Palastin, yang kita semua tahu kebanyakan mereka adalah Muslim.
Dalam polisi barat yang di dakyahkan oleh Amerika yang menyatakan Palastin negara Pengganas ditepis kuat oleh Rachel kerana pengalamannya sendiri menyaksikan betapa pembohonggan terancang oleh Amerika telah menyebabkan tanggapan buruk kepada umat Islam sedunia.
Ini menyebabkan aku mulai sedar selama ini kita hanya mendengar tapi tak mengkaji. kita hanya kasihan tapi tak bertindak. Kita hanya bercakap-cakap tapi tak membantu..

kita selama ini tidur walaupun mata kita celik..
ada insan di luar sana tersiksa yang maha hebat, tapi teguh pendirian..
ada yang kasihan tapi bukan dikalangan kita...
tapi orang yang tidak seagama dgn kita...

maka kemanusiaan itu bukan diukur kerana kita muslim..
kemanusian hadir dengan sifat peka dan berfikiran positif kepada semua orang.
kerana semua agama mengajar untuk menjadi baik, hormat menghormati, kasih dan sayang sesama manusia.

dan jika Rachel mati kerana mempertahan kan rumah orang Palastin dirobohkan kerana kemanusiaannya.
dan apa pula ertinya jika ada insan yang sanggup menjadi pengebom berani mati kerana dendam
konon memperjuangan dengan nama Tuhan..?

Monday, August 3, 2009

Rindu ini untuk siapa?.

Dalam melayari hidup sebagai pelajar, sedar tak sedar sudah hampir terlupa bila kali terakhir aku pulang ke kampung untuk menjenguk rumah tinggalan ayah dan bonda..
Setiap kali aku teringat akan suasana kg yang dah lama aku tinggalkan, setiap kali itulah beban rindu yang amat parah melukakan jiwa.

Seakan suatu keajaiban berlaku terutama pada setiap bulan, aku akan bermimpi tentang rumah ku.
Seolah-olah seperti memanggil aku balik segera kerana ada yang merindui... tapi siapa?
rumah yang sudah ditingalkan dan tak berpenghuni hampir tujuh tahun. Jika ada pun hanya sesekali adik beradik pulang ke kg untuk jenguk kalau ada barang yang hilang atau bila musim buah tiba. Tentunya perasaan sakit kerana menahan rindu ini amat terasa memandangkan aku adalah anak kelahiran dari rumah itu sendiri. Tanggal 19 Juai 1979 aku lahir dirumah itu dengan hanya berbidan kg saja.. itu kata Aruah Emak.

Kadang2 aku sentiasa berdoa agar biarlah aku sendiri yang menjaga rumah aku tu, dari terus lapok dek anai-anai. Bila melihatkan itu, bertambah sakit hati dan seperti nak saja aku angkut rumah aku untuk du bawa ke KL ni.

Tapi itu tak sama suasananya.....
Rumah...aku rindu kau...
aku rindu tiang seri mu..
aku rindu serambi hadapan tangga..
aku rindu kamar ku...
aku rindu pohon jambu di depan rumah..
aku rindu suara keletah kakak dan abang ku..
aku rindu laman rumah.
aku rindu segalanya yang ada di desaku seperti aku rindukan
ayah dan ibuku...

Al Fatihah Buat Aruah Abah Dan Emak serta Along ku..
Amin....

Tuesday, July 28, 2009

Sifat Sombong manusia 'berilmu"?

Selama menuntut di UM ni, aku merasakan sesuatu yang sangat mengujakan tentang pendidikan. Pada awal tahun pertama, rasa ingin menjadi seorang yang terpelajar sangat mendesak kerana perkataan "pelajar Universiti Malaya" itu. Ramai tenaga pengajar yang amat-amat aku kagumi tentang ilmu dan cara pengajaran mereka dan tak kurang juga bebarapa tenaga pengajar yang mengecewakan....

Aku bukan nak mengomen itu dan ini.. tetapi sebagai seorang pelajar yang dalam proses pembelajaran, rasanya selain lecture yang boleh menilai tentang pencapaian studen. Pelajar juga punyai hak untuk menilai tahap keberkesanan seorang pensyarah dalam mendidik studennya. kami pelajar yang sedang mencari sesuatu dalam bidang yang dipanggil seni, amat mengharapkan adanya tokoh seni yang sangat peka dan mampu menjadikan kami seorang yang tahu untuk bersaing dalam ilmu seni... bukannya mencipta koroni dan membuli pelajar.

Apabila adanya studen mengutarakan pendapat dan meluahkan rasa. Maka pelajar itu akan di cop sebagai melawan dan membelakangkan Pensyarah pula..
Persoalannya.. Apakah sebenarnya yang Pensyarah mahukan Dari Kami?
Apakah persediaan yang kami perlukan untuk puaskan hati anda?
Apakah tahap kualiti ilmu yang boleh kami selaraskan agar menyamai dengan standart anda sebagai pendidik?
Kami hanya mahu anda ajar kami apa yang kami tidak mengerti.
Kami hanya mahu teguran membina yang boleh memajukan kami
Kami hanya mahu fakta berguna bukan ayat2 berjela untuk penerangan sesuatu pekara. jika salah katakan salah, dan jika betul katakan lah betul...

Dan ada pula salah seorang tenaga Pengajar yang boleh dikatakan sangat sombong bila berbicara... beginilah bunyinya..." itu kamu semua tak perlu ikut campur, dan jangan mengubah segala yang telah saya rancangkan. biar kami yang membuat keputusan" fuh yo! sombongnya!

tak perlulah aku nak kabo siapa dia..
lu fikirla sendiri...

Thursday, July 16, 2009

Demi untuk Penilaian akhir...

selepas sahaja membantu dalam menjayakan PDZ di Taman Budaya, aku mula merasa sesuatu yang sangat merisaukan fikiran akan terjadi. Pekara yang aku risaukan selama dua bulan itu berlaku jugak. apa hal? selama dua bulan aku bercuti semester, aku telah meminta bantuan untuk menterjemah skrip yang bakal dipersembahkan untuk final aku nanti. Puan Ros telah bersetuju untuk mengambil tugas itu. Tetapi.....jeng..jeng.jeng
setelah dua bulan aku menanti dengan penuh debaran, tetiba Puan cakap dia tak sempat nak translit coz bizy sangat. Aduhaii....

Aku pun maklum tentang hal itu. sebenarnya aku pun ada rasa benda ni macam nak jadi. tapi sebabkan aku menghormati dan percaya kpdnya aku pun terus aje tunggu. sian jugak dengan Puan. dia memang sebok pun...
kalaulah puan beritahu awal tak lah aku susahkan dia dan menunggu. bila dah terjadi macam ni, orang terakhir yang aku nampak ialah pengarah aku sendiri... kak Lenny!

Bila fikirkan kak lenny, aku risau jugak sebab dia pun ada komitmen untuk tesis dia. walaupun dia ni susah untuk menolak bila orang mintak tolong, tapi tak sampai hati pulak nak tengok dia pening memikirkan translit cerita aku ni. Tak pe kak Lenny... layan dulu tesis tu..nanti kite belasah pulak skrip ni.

Tiba2 Adi ada cadangkan Arifwaran untuk terjemahkan skrip ini. emmm... bagus cadangan tu.
tapi tak sibuk pulak ke dia? tak pe, kalau dia sibuk biar wazir yang translit. he he he
Bila ditanya, Alhamdulillah dia sudi nak tolong. dia cuba katanya.
tak pe lah Arif. kalau u translit separuh pun tak apa. nanti kami sambung. Sian kat aku...
yang penting mula minggu depan aku dah mula nak jaga stamina dan kalau dah ada skrip aku nak hafalkan. Segala kajian tentang skrip ni aku sedang lakukan sekarang. jangan terkejut kalau ko orang nampak rambut I blone lepas ni. Sebab apa? Tunggu.....

Wednesday, July 8, 2009

Tanggungjawab diri? atau puaskan hati orang lain?

Dalam semanjak dua menjak ini, banyak betul benda2 yang "BIKIN PANAS" hati aku. Mana taknye segala keluh kesah dan masalah orang lain kita yang nak tolong jawab. Bila kita bersuara, dan mengadu hal. kita pula akan di cop....kaki membebel dan kepo! wal hal, salah sendiri tak pernah dipersoalakan....

Ini macam ruangan lepas geram pulak...he he.

masalah remeh-temeh pasal sewa rumah, api air tu kira masalah kecil dan peribadi. Tapi kalau dah selalu sangat aku ni didatangkan dengan masalah serupa ini yang boleh dikatakan dah basi untuk dilayan....mana tak Panas Beb!. Ini perihal Budak2 dalam rumah yang susah sangt nak setelkan duit sewa rumah. Dahlah setiap sem melibatkan budak yang sama....Apa Cerita?
Aku ni bukan lah kejam sangat untuk tak bagi peluang pada dia orang ni. Aku pun bukannya orang senang... bukan bekepuk duit dalam bank... kalau senang taknye aku sewa rumah.. tapi ada pulak yang senang-senang ambil peluang dengan kebaikan orang.. malah macam aku ni pulak tukang sihir tak benarkan dia orang duduk rumah pasal kesalahan dia orang.

Berapa banyak punya senang da.....

Setiap manusia ada masalah yang macam2 dan aku pun tak terlepas. Ini lah akibat kalau menyewa dengan orang2 yang tak dak pengalaman duduk rumah sewa. Aku selaku yang tua kat rumah tu, dipertangungjawabkan untuk urus tadbir pasal hal2 remeh ni. dulu masa kat rumah lama, tak timbul langsung pasal sewa ni. sebab ape? sebab aku berurusan dengan orang yang tahu mengurus. kalau cakap banyak memang tak habis. Tapi peduli apa? nak cakap jugak!

Alasan atuk sakit, pakcik meninggal, kucing bisul ke, ayam mandul ke dah basi dek....
aku ni apa yang tak meninggal? mak tak dak, abah tak dak, kucing pun tak dak.... nak ngadu kat sape dek? cube ko bg tau?

aku ni kalau soru mis tiap bulan, senang sangat ke akak ni dek?

dahlah, malas nak membebel...nanti di cop meroyan pulak kat orang tu. hal dunia je pun.

Monday, July 6, 2009

Sem baru dah nak mula. mulalah rasa takut...

Hari ini dah masuk sem baru untuk mereka2 yang dah nak tahun tiga. Maksudnya untuk budak2 yang sama thn dengan aku akan menghadapi sesuatu yang sangat penting ... final projek!!...
Dalam menanti skrip dari Puan Ros untuk ditranslit, masa pun berjalan pantas. kebimbangan aku tentang pementasan final ni sudah lama aku rasa. Dalam hati berdoa jugak, mintak2 dah siaplah translition Puan Ros ni. mungkin dalam sehari dua ni aku nak jumpa dia. Dari segi pengarahan pula, aku tidak terlalu risau sebab aku rasa kak Lenny sudah memikirkan apa yang akan dipersembahkan nanti. Namun persiapan aku sebagai seorang pelakon yang bakal dinilai mungkin bertambah. Stamina harus ditingkatkan memandangkan aku sudah lama tidak menghadapi latihan secara intensif dan beraksi di pentas teater. Teringat pula tentang pelawaan rakan baik aku, Arifwaran untuk menyertai bengkel teater yang dijalankan secara percuma. sudah banyak kali dia pelawa. Memang aku teringin sangat nak turut serta dalam bengkel tu. Tapi memandangkan kekanggan masa dan masalah transport yang membuatkan aku sukar nak bergerak jauh. Tak pe la Arif... nanti isma datang k. leh jugak kurangkan kemontelan badan ni. mana tak nye. cuti asyik makan2 je

wahai badan... untuk final... aku kan cuba buat sesuatu pada kau.........

Friday, June 26, 2009

Perginya superstar terunggul....(Micheal Jackson)

Dunia hari ini dikejutkan dengan berita pemergian ke Rahmatullah seorang superstar yang menjadi fenomena dunia. Micheal Jackson, itulah nama besar yang menjadi kesayangan peminat muzik seluruh dunia..malah saya juga merupakan salah seorang peminat setianya..
Seakan sukar menerima hakikat bahawa Micheal atau nama muslimnya Mikail telah meninggalkan kita secepat ini. Hari ini pula suasana suram dan cuaca agak mendung dan ada tempat yang hujan seakan-akan turut sama bersedih dengan pemergian bintang Raja Pop dunia.
hakikatnya segala kenangan dari lagu-lagu yang pernah dinyayikan dan persembahannya yang memukau akan menjadi lagenda yang tidak mungkin dilupakan..

Monday, June 22, 2009

hobi baru....

bila dah ada blog ni, nampaknya aku lebih banyak bende nak dibuat. kalau sebelum ini aku asyik menembamkan badan je.. lebih baik buat blog. banyak kelebihan apabila kita ada blog sendiri. ini lah peluang aku untuk kembangkan pengalam menulis, bekarya...cehwahh...
kita boleh kongsi maklumat akademik, seni, berita terkini dunia dan dalam negara. maka dapatlah menyalurkan komunikasi berganda.

heppy!!!

happynye sebab dah ada blog sendiri...
mula2 rasa bengong jugak sebab tak tau nak wat macam mana dengan blog ni.
biasalah bende baru..
dah la aku ni bukan pandai sangat dengn IT ni.
nak reguster bolg...nak tulis benatang ape pun konfius... hehehe.
walaubagaimana pun aku dah ada blog!!!!!!
kenkawan...lawat lah blog acik!!!