Thursday, March 18, 2010

KESABARAN INI MEMBUNUH KU..

Pabila aku bertanya pada mu..
Mengapa kau berpaling menoleh dari ku..
tiada jawapan dari mu...
cuma kau bilang aku tidak pasti mengapa..

Pabila aku bertanya pada mu..
Mengapa kau menjauh dari ku..
tiada kata dari mu..
cuma kau sebut ada jurang...

Pabila ku gapai tangan mu..
mengapa kau lepaskan..jejari ku
tiada alasan dari mu..
cuma kau kata bimbang...

Aku kini asing bagi mu
aku ini Pincang kata mu
aku ini memayahkan..
aku ini tidak lagi aku dulu bagi mu..

Nah..kini aku bertanya lagi..
apa lagi yang harus ku perbuat agar..
kau tidak terasing
agar kau tidak payah
agar aku tiada pincang..

Atau kau manginginkan sempurna tika ketiadaan ku nanti...?

LATIHAN INDUSTRI JKKN.

Bermula dari bulan Januari aku telah menjalani latihan industri selama tiga bulan yang akan berakhir pada 26 Mac 2010 ini. Bagi aku , ini bukan lah sesuatu yang asing kerana sebelum ini aku memang sudah mempunyai pengalaman menjalani Praktikal di Pejabat Kebudayaan Negeri Sembilan. Namun untuk kali ini aku telah memilih JKKN sebagai tempat utama untuk praktikal.

Bila bercakap soal praktikal ini, aku agak bernasib baik kerana beberapa rakan ku dari UM turut sama menjalani latihan di sana. Jadi tak adalah rasa jagal sangat sebab dah ada kawan. Tapi tak ada masalah pun sebab di JKKN tu ramai je kawan aku dari ASK dulu...
Dari bulan pertama aku dan rakan ku Kartika sudah diberi tugas untuk Program BIMA anjuran RTM dan JKKN. Seronok jugak bila kami diberi kepercayaan ambil tugas sebagai urusetia peserta. Lepas tu bertugas jadi pelakon untuk Bangsawan Sinbad pulak...ok la ...dan dengar2 nak buat jelajah keserata Melaysia...

Pejam celik dah nak habis masa praktikal ...lagi semingu lebih aku akan tamat jalani latihan industri...lepas ni nganga pulak...ada jugak la pengalaman yg aku dapat kat JKKN tu...