Friday, May 14, 2010

Shot....Filem 'Hanyut"

Semalam aku berpeluang menjadi salah seorang pelakon extra dalam filem "Hanyut" yang diarahkan oleh antara pengarah yang aku kagumi...iaitu saudara Uwei.Sebenarnya aku dah dapat ofer dari Syarafina dari bulan tiga lagi. masa tu pulak aku tengah sebok praktikal.Namun tarikh pengambaran filem ini ialah akhir bulan empat. Mula-Mula aku just setuju je, tapi memandangkan aku sudah berjanji dan setuju awal-awal join Mekar Production untuk Pementasan Rumah Lama Kg Baru, jadi aku terpaksa tolak la...sebab betembung dengan tarikh shoting.

Nak dijadikan cerita, aku pun selesailah terlibat dengan pementasan RLKB. tetiba fina cakap shoting dah tunda pulak bulan lima.Dan dia kata watak saya dah diganti kat orang lain. Agak frus jugak la masa tu...tapi rasa bersyukur juga pementasan RLKB berjaya dan mendapat pujian dari banyak pihak. Kasi tabik kat Mentor aku la....sape lagi kalau bukan Kak Lenny and abg Nasri.

Itu cite lama sikit...tetiba sabtu lepas, aku dapat call pagi2 dari fina. Dia kata Aku jadi shot untuk filem Hanyut. Rasa nak melompat sikit la..lepas tu macam rasa macam insaf kejap...betul la kata orang..kalau dah rezeki tu untuk kita, apa halangan pun dapat..ni lah yang dikatakan rahsia Allah.

bertolak sehari lebih awal iaitu pada selasa lepas dan shot dikeesokan harinya. Aku dimaklumkan watak aku sebagai isteri pertama kepada Sabri Yunus.Bertambah nurves lah aku. Maklumlah pertama kali keje dengan dia. Tapi ternyata dia ok dan kelaka..
Kostum yg dipakai pulak berkemban..sebab cerita zaman 1850an katenye...nak terjelir mata bila aku dengar Nina comel kata suruh berkemban...nyaya oi!!
Setakat ni aku kalau nak berkemban pun kat rumah je..ni dah jadi macam ala-ala kostu filem Nagnak Thailand tu. Selain aku, ada beberapa orang lagi extra yg di bawa dari KL seperti Nadia, Hana, dan Kak Lela. Beberapa orang lagi dari Kg sekitar Kuala Lipis. Masa nak shot tu, en Uwei sempai menegur kami dan memberi penerangan pasal scen kami..dia col je..best kerje dengan dia..lepas tu asist dia pulak dari Hollywod matsalih tu punyalah baik...cakap sopan je...hai cam mana lah artis kita tak kahwin org putih....hahaha. Tapi satu hal, cuaca kat Kuala Lipis panas like hell!!..silap2 boleh kene sunburne...nina comel pun dah tukar kulit kat sana..sian dia..

Apa pun ini merupakan pengalaman yg sweet sangat.lepas habis je shot, kami berehat di hotel Bistari dan dalam pukul 6.30 kami bertolak pulang ke KL..