Monday, August 3, 2009

Rindu ini untuk siapa?.

Dalam melayari hidup sebagai pelajar, sedar tak sedar sudah hampir terlupa bila kali terakhir aku pulang ke kampung untuk menjenguk rumah tinggalan ayah dan bonda..
Setiap kali aku teringat akan suasana kg yang dah lama aku tinggalkan, setiap kali itulah beban rindu yang amat parah melukakan jiwa.

Seakan suatu keajaiban berlaku terutama pada setiap bulan, aku akan bermimpi tentang rumah ku.
Seolah-olah seperti memanggil aku balik segera kerana ada yang merindui... tapi siapa?
rumah yang sudah ditingalkan dan tak berpenghuni hampir tujuh tahun. Jika ada pun hanya sesekali adik beradik pulang ke kg untuk jenguk kalau ada barang yang hilang atau bila musim buah tiba. Tentunya perasaan sakit kerana menahan rindu ini amat terasa memandangkan aku adalah anak kelahiran dari rumah itu sendiri. Tanggal 19 Juai 1979 aku lahir dirumah itu dengan hanya berbidan kg saja.. itu kata Aruah Emak.

Kadang2 aku sentiasa berdoa agar biarlah aku sendiri yang menjaga rumah aku tu, dari terus lapok dek anai-anai. Bila melihatkan itu, bertambah sakit hati dan seperti nak saja aku angkut rumah aku untuk du bawa ke KL ni.

Tapi itu tak sama suasananya.....
Rumah...aku rindu kau...
aku rindu tiang seri mu..
aku rindu serambi hadapan tangga..
aku rindu kamar ku...
aku rindu pohon jambu di depan rumah..
aku rindu suara keletah kakak dan abang ku..
aku rindu laman rumah.
aku rindu segalanya yang ada di desaku seperti aku rindukan
ayah dan ibuku...

Al Fatihah Buat Aruah Abah Dan Emak serta Along ku..
Amin....

1 comment:

  1. tabahlah isma, hidup kita memang begitu. Ada yang perlu kita tinggalkan untuk terus ke masa depan. Insya Allah, semuanya baik-baik saja.

    ReplyDelete