Tuesday, November 2, 2010

Dugaan datang..

Entah kenapa akhir-akhir ini banyak betul dugaan datang..aku tetap sabar.
Awal tahun hari tu masa aku praktikal di JKKN..tetiba phon kesayangan aku jatuh longkang..aku sayang sangat phon tu..sebab orang bagi. Nasib baik la dapat balik no yang asal..mula la aku berfikir macam2..sebab sebelum phon aku jatuh tu ada seorang lelaki cina mintak duit macam mintak sedekah..tapi di cuma mintak RM 2.50 je..aku pelik..memang rasa nak bagi..tapi masa tu tak ada duit pecah..dalam waled aku ni ada duit Rm 10 je masa tu..nak tambang lagi, makan lagi. Bila dia tengok aku tak bagi dia terus mintak kat orang lain..pun orang lain tak bagi jugak..

Tak sampai 15 minit aku melintas jalan nak pergi ke teksi abg Helmi....gedebussss..phon yang sedari tadi aku pegang terlepas and terus masuk longkang besar. Yang lagi parah tu, longkang tu ada air..dalam pulak tu..dan bertutup dengan dawai besi tebal. Rasanye korang tahu la kan ape perasaan aku masa tu.Mula la mengutuk diri sendri sebab tak bagi duit kat Cina tu..
Ok Fine..itu cerita awal tahun..

Lagi sekali aku dapat dugaan dan kali ini memang buat aku meraung tak sudah2..
cincin emas pemberian arwah emak hilang...
Pada hal aku letak canti2 je dalam kotak..and hilang tanpa kesan..sayangnye aku pada cincin tu hanya tuhan sahaja yang tahu..itu saje la peninggalan emak yang ada kat aku..
Malas nak cerita lg..nanti kang menangis lagi....

And than..guess what....minggu lepas..ada satu lg musibah..phon baru aku hilang lagi!!!OMG!!
Ralat sesangat sebab baru beberapa bulan je pakai dah hilang.Yang lagi buat sedih tu sebab itu pemberian hadiah birthday..phon tu tak la mahal sangat tapi ada sentimentel value tu...benganggggggg!!

Sekarang ni pulak aku sedang bergelut dengan penyakit batuk tak berenti2. Dah hampir tiga bulan dah batok.Ubat tak usah cakap la..semua dah aku sebat, tapi belum jugak baik2..entah la..semua ni ada hikmahnye kot nanti..mungkin untuk penghapusan dosa-dosa kecil aku..kalau la begitu aku reda Ya Allah..mohon dijauhkan pula musibah yang lain..Insya Allah Amin....

Wednesday, August 11, 2010

UPACARA KONVO SUDAH BERAKHIR...

Rasanye lama tak bertandang ke blog sendiri. Bukan apa, kadang kala malas nak menulis jika topiknye hanya pasal benda-benda remeh.Namun bila di teliti, benda-benda yang remeh ni lah yang buat fikiran kita berkembang.
Mengisi lembaran baru...aku baru saja berjaya mendapatkan Ijazah yang pertama pada 6 Ogos yang lalu. Bertempat di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya..seawal pukul 7.15 aku dah terpacak di Bangunan Peperiksaan. Inilah tempat bebudak yang nak dapat digree berarak terus ke dalam dewan.Perasaan teruja sememangnya dah jadi simtem kronik dalam diri aku. Apa tah lagi bila kawan2 bertanya itu dan ini semasa proses konvo berjalan.Ditambah lagi bila kehadiran ahli keluarga masing-masing sebagai mengisi lagi rasa teruja yang amat sangat.

Bagi aku sendiri kehadiran angota keluarga pada majlis tersebut sedikit sebanyak membuatkan aku bertambah semangat untuk terus mengorak langkah baru. Pada hari konvo, aku ditemani oleh abang aku yang kat Petaling Jaya..Alang sebagai orang kuat hari tu. Pagi2 alam lagi dia dah bangun sebab nak hantar aku pegi UM. Kesihan dia sebab kaki dia Bangkak kene gaut.Tapi sebab nak melayan adik dia yang gemok ni..kene lah dia bagun jugak hahahahahah....
Walau apa pun aku sangat sayangkan Abg aku ni sebab dia tak pernah kata 'tidak' kat aku.Kakak aku yang tiga orang datang kemudian. Kak Teh dengan Kak Siti yang masuk dalam dewan.Dari jauh aku lambai dia orang yang duduk di tingkat atas. Gembira sangat nampaknye...tompang bangga kot heheheheh....
kak Awa duduk kat luar je.Walaupun tak semua dapat datang tengok aku konvo, aku tahu mereka sentiasa memberi sokongan kepada aku... terutama Angah yang berada di Pineng.banyak kali dia cakap tak dapat datang..dan aku faham sebab jauh sangat.

Petang tu sesi bergambar berlangsung di sekitar gerai-gerai makanan ekspo. Dah tak larat nak berjalan kesana sini sebab panas....petang tu jugak pulangkan jubah konvo sebab tak masa nak hantar hari lain. Sebelum tu aku bergambar dengan Farah dan Farhana and terus terjah bilik kak Lenny...punya lah nak menjerit bila kak Lenny bagi hadiah konvo patung 'Cipmuck'....Tq kak leny!!..lepas tu geng mata sepet...hhahahahahhahah Shi Shi, Simon, jingwen,sewyen dan Alex datang ambil gambar...Ester pun join walaupun jubah dia dah terbang ke mana tah..hahahah

Tak sempat nak bergambar dengan kawan2 yang lain sebab semua sebok dengan family masing2..itu pun nasib sempat bergambar dengan Asiah dan Sharida. Rasa ralat sikit Bila kawan2 yang tak sempat konvo tak datang...Sayeo dan Pak Tam..miss u all
Kenangan manis yang singkat ni memang tak akan dilupakan dan pastinya yang lain pun rasa begitu...

Friday, May 14, 2010

Shot....Filem 'Hanyut"

Semalam aku berpeluang menjadi salah seorang pelakon extra dalam filem "Hanyut" yang diarahkan oleh antara pengarah yang aku kagumi...iaitu saudara Uwei.Sebenarnya aku dah dapat ofer dari Syarafina dari bulan tiga lagi. masa tu pulak aku tengah sebok praktikal.Namun tarikh pengambaran filem ini ialah akhir bulan empat. Mula-Mula aku just setuju je, tapi memandangkan aku sudah berjanji dan setuju awal-awal join Mekar Production untuk Pementasan Rumah Lama Kg Baru, jadi aku terpaksa tolak la...sebab betembung dengan tarikh shoting.

Nak dijadikan cerita, aku pun selesailah terlibat dengan pementasan RLKB. tetiba fina cakap shoting dah tunda pulak bulan lima.Dan dia kata watak saya dah diganti kat orang lain. Agak frus jugak la masa tu...tapi rasa bersyukur juga pementasan RLKB berjaya dan mendapat pujian dari banyak pihak. Kasi tabik kat Mentor aku la....sape lagi kalau bukan Kak Lenny and abg Nasri.

Itu cite lama sikit...tetiba sabtu lepas, aku dapat call pagi2 dari fina. Dia kata Aku jadi shot untuk filem Hanyut. Rasa nak melompat sikit la..lepas tu macam rasa macam insaf kejap...betul la kata orang..kalau dah rezeki tu untuk kita, apa halangan pun dapat..ni lah yang dikatakan rahsia Allah.

bertolak sehari lebih awal iaitu pada selasa lepas dan shot dikeesokan harinya. Aku dimaklumkan watak aku sebagai isteri pertama kepada Sabri Yunus.Bertambah nurves lah aku. Maklumlah pertama kali keje dengan dia. Tapi ternyata dia ok dan kelaka..
Kostum yg dipakai pulak berkemban..sebab cerita zaman 1850an katenye...nak terjelir mata bila aku dengar Nina comel kata suruh berkemban...nyaya oi!!
Setakat ni aku kalau nak berkemban pun kat rumah je..ni dah jadi macam ala-ala kostu filem Nagnak Thailand tu. Selain aku, ada beberapa orang lagi extra yg di bawa dari KL seperti Nadia, Hana, dan Kak Lela. Beberapa orang lagi dari Kg sekitar Kuala Lipis. Masa nak shot tu, en Uwei sempai menegur kami dan memberi penerangan pasal scen kami..dia col je..best kerje dengan dia..lepas tu asist dia pulak dari Hollywod matsalih tu punyalah baik...cakap sopan je...hai cam mana lah artis kita tak kahwin org putih....hahaha. Tapi satu hal, cuaca kat Kuala Lipis panas like hell!!..silap2 boleh kene sunburne...nina comel pun dah tukar kulit kat sana..sian dia..

Apa pun ini merupakan pengalaman yg sweet sangat.lepas habis je shot, kami berehat di hotel Bistari dan dalam pukul 6.30 kami bertolak pulang ke KL..

Thursday, March 18, 2010

KESABARAN INI MEMBUNUH KU..

Pabila aku bertanya pada mu..
Mengapa kau berpaling menoleh dari ku..
tiada jawapan dari mu...
cuma kau bilang aku tidak pasti mengapa..

Pabila aku bertanya pada mu..
Mengapa kau menjauh dari ku..
tiada kata dari mu..
cuma kau sebut ada jurang...

Pabila ku gapai tangan mu..
mengapa kau lepaskan..jejari ku
tiada alasan dari mu..
cuma kau kata bimbang...

Aku kini asing bagi mu
aku ini Pincang kata mu
aku ini memayahkan..
aku ini tidak lagi aku dulu bagi mu..

Nah..kini aku bertanya lagi..
apa lagi yang harus ku perbuat agar..
kau tidak terasing
agar kau tidak payah
agar aku tiada pincang..

Atau kau manginginkan sempurna tika ketiadaan ku nanti...?

LATIHAN INDUSTRI JKKN.

Bermula dari bulan Januari aku telah menjalani latihan industri selama tiga bulan yang akan berakhir pada 26 Mac 2010 ini. Bagi aku , ini bukan lah sesuatu yang asing kerana sebelum ini aku memang sudah mempunyai pengalaman menjalani Praktikal di Pejabat Kebudayaan Negeri Sembilan. Namun untuk kali ini aku telah memilih JKKN sebagai tempat utama untuk praktikal.

Bila bercakap soal praktikal ini, aku agak bernasib baik kerana beberapa rakan ku dari UM turut sama menjalani latihan di sana. Jadi tak adalah rasa jagal sangat sebab dah ada kawan. Tapi tak ada masalah pun sebab di JKKN tu ramai je kawan aku dari ASK dulu...
Dari bulan pertama aku dan rakan ku Kartika sudah diberi tugas untuk Program BIMA anjuran RTM dan JKKN. Seronok jugak bila kami diberi kepercayaan ambil tugas sebagai urusetia peserta. Lepas tu bertugas jadi pelakon untuk Bangsawan Sinbad pulak...ok la ...dan dengar2 nak buat jelajah keserata Melaysia...

Pejam celik dah nak habis masa praktikal ...lagi semingu lebih aku akan tamat jalani latihan industri...lepas ni nganga pulak...ada jugak la pengalaman yg aku dapat kat JKKN tu...

Sunday, January 3, 2010

Menyisir lembar 2010..siapa aku kini?

Terasa beberapa lewat kebelakangan ini..aku mulai kurang menjenguk blog ku ni. Bukan tiada cerita yang menarik untuk ditulis..namun ada ketikanya seperti sukar untuk meluahkan apa yang tertera di ruang hati dan fikiran ni.

2009 sudah beberapa hari meninggalkan kita...dan diakhir-akhir penutupan tahun inilah berbagai crita duka dan sedih tidak kurang juga yg gembira hadir mewarnakan lebaran tahun 2010. Jika beberapa minggu sudah, aku telah pergi berjalan2 ke Melaka bersama 3 rakan baik ku..Iswazir, Ruzuan dan Zamri....memang seronok sangat. Bila bersama mereka, aku seperti dalam filem hindi.."Rangdebasanti" hahaha. Mana tak nye...aku sorang saje bunga kat situ...tapi kami macam sekumpulan sahabat yg mencari kegembiraan... namun dalam hati....tak tau la..

Kemudian ...bebrapa hari kemudian aku mulai merasakan sesuatu perubahan dalam diri...
Kemudian ...terjadinya kisah sedih....
kemudia...kembali nomal..
Namun...kisah sedih ini semakin sukar untuk di hindarkan...
ohhhhhhhhh aku dah melalut mamanjang nampaknye ni....

Dan semalam aku pg menonton cerita hindi.. 3 ideot...wow...memang best...jalan ceritanya sangat memberi sesuatu kepada pemikiran kita. Dan aku rasa industri perfileman Bollywod ni semakin jauh ke depan dan membawa intipati cerita yang sangat baik.. kenana arah filem kita pulak ye?

hahahahahah...kalau sesiapa yang membaca ini, mesti mereka kata aku ni dah kenapa kan?
ini lah aku sekarang....yg seperti tak fokus je...hehehe