Tuesday, March 1, 2011

Keadilan bukan di tangan manusia...

Hari ni dapat call dari sahabat lama yang dulunya kami terlalu rapat umpama belangkas kata orang.Masa berlalu dan kami terputus hubungan kerana masalah yang pelbagai.Dalam masa perpisahan ini lah banyak peristiwa penting bersilih ganti...
Cerita suka dan duka saling berlumba-berlumba mengisi lebaran kehidupan kami..

Dari kisah cinta yang tak kesampaian antara dirinya dengan bekas tunang dan kini telah berjumpa dengan pasangan hidup yang lebih menyayangi dia..aku tersenyum bila mendengar dia dah nak masuk anak tiga. Hampir nak menistis air mata bila mendengar kisah hidupnya yang kini kembali happy, tidak seperti dulu...aku perkenalkan nama kawan ku...dia ialah Siti Raha.

Kami bertukar2 cerita sehingga lah menyentuh kisah hidup ku..kisah hidup ku yang teramat pahit..kisah hitam yang terpalit...
Dia menyatakan dia ada terdengar kisah ku diperkatakan orang..dicemuh orang
Dia menceritakan bahawa orang menyatakan segala yang berlaku adalah salah ku....salah ku secara mutlak!!!aku yang mendegar hampir ketawa..ketawa sekuatnya untuk menutup luka yang selama ini hampir pulih..tapi akhirnya kembali bernanah..dek kerana cerita ini kembali terungkit..semua orang tidak tahu cerita sebenar!!
orang boleh bertanya,meneka..menambah...tapi orang tidak menyiasat..bertanya kepada pihak yang teraniaya...aku!!!aku!! aku lah orang itu!!!

Aku kira ia perlu diselesaikan demi maruah ku...harga diri..dan masa depan.
benak aku menyumpah2...sememangnya Manusia tidak pernah adil...tidak..Allah sahaja yang berhak mengadili..aku serah segalanya pada Mu Allah...balas lah!! balas lah!! kerana aku tak berdaya..

bipppppp...talian terputus..pripaid ku habis...esok masih ada...aku pulang untuk merungkai kembali cerita ini..cerita yang pernah ku kuburkan sekian lama..kini perlu disebut kembali...walaupun aku tidak suka..tidak suka sama sekali..

No comments:

Post a Comment