Wednesday, August 11, 2010

UPACARA KONVO SUDAH BERAKHIR...

Rasanye lama tak bertandang ke blog sendiri. Bukan apa, kadang kala malas nak menulis jika topiknye hanya pasal benda-benda remeh.Namun bila di teliti, benda-benda yang remeh ni lah yang buat fikiran kita berkembang.
Mengisi lembaran baru...aku baru saja berjaya mendapatkan Ijazah yang pertama pada 6 Ogos yang lalu. Bertempat di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya..seawal pukul 7.15 aku dah terpacak di Bangunan Peperiksaan. Inilah tempat bebudak yang nak dapat digree berarak terus ke dalam dewan.Perasaan teruja sememangnya dah jadi simtem kronik dalam diri aku. Apa tah lagi bila kawan2 bertanya itu dan ini semasa proses konvo berjalan.Ditambah lagi bila kehadiran ahli keluarga masing-masing sebagai mengisi lagi rasa teruja yang amat sangat.

Bagi aku sendiri kehadiran angota keluarga pada majlis tersebut sedikit sebanyak membuatkan aku bertambah semangat untuk terus mengorak langkah baru. Pada hari konvo, aku ditemani oleh abang aku yang kat Petaling Jaya..Alang sebagai orang kuat hari tu. Pagi2 alam lagi dia dah bangun sebab nak hantar aku pegi UM. Kesihan dia sebab kaki dia Bangkak kene gaut.Tapi sebab nak melayan adik dia yang gemok ni..kene lah dia bagun jugak hahahahahah....
Walau apa pun aku sangat sayangkan Abg aku ni sebab dia tak pernah kata 'tidak' kat aku.Kakak aku yang tiga orang datang kemudian. Kak Teh dengan Kak Siti yang masuk dalam dewan.Dari jauh aku lambai dia orang yang duduk di tingkat atas. Gembira sangat nampaknye...tompang bangga kot heheheheh....
kak Awa duduk kat luar je.Walaupun tak semua dapat datang tengok aku konvo, aku tahu mereka sentiasa memberi sokongan kepada aku... terutama Angah yang berada di Pineng.banyak kali dia cakap tak dapat datang..dan aku faham sebab jauh sangat.

Petang tu sesi bergambar berlangsung di sekitar gerai-gerai makanan ekspo. Dah tak larat nak berjalan kesana sini sebab panas....petang tu jugak pulangkan jubah konvo sebab tak masa nak hantar hari lain. Sebelum tu aku bergambar dengan Farah dan Farhana and terus terjah bilik kak Lenny...punya lah nak menjerit bila kak Lenny bagi hadiah konvo patung 'Cipmuck'....Tq kak leny!!..lepas tu geng mata sepet...hhahahahahhahah Shi Shi, Simon, jingwen,sewyen dan Alex datang ambil gambar...Ester pun join walaupun jubah dia dah terbang ke mana tah..hahahah

Tak sempat nak bergambar dengan kawan2 yang lain sebab semua sebok dengan family masing2..itu pun nasib sempat bergambar dengan Asiah dan Sharida. Rasa ralat sikit Bila kawan2 yang tak sempat konvo tak datang...Sayeo dan Pak Tam..miss u all
Kenangan manis yang singkat ni memang tak akan dilupakan dan pastinya yang lain pun rasa begitu...

No comments:

Post a Comment